Falling Rose Petals

Wednesday, August 1, 2018

Kraftangan di Kota Kinabalu,Sabah

Cenderamata di Kota Kinabalu 

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pelanggan yang mengunjungi blog ini. 

Pengenalan Cenderamata 

Cenderamata  merupakan sesuatu yang diberi kepada seseorang sebagai tanda kenangan di sebuah tempat yang telah dikunjungi oleh seseorang individu mahupun kumpulan serta sebagai buah tangan untuk diberikan kepada seseorang.

Kami dari perniagaan kraftangan ingin membuat promosi terhadap barangan yang kami jualkan.


Ini merupakan kraftangan yang ingin dijual:

1) BARAIT


Merupakan beg tradisi kadazandusun dan murut. Beg tradisi ini diperbuat daripada rotan khas yang tumbuh berhampiran dengan sungai. Digunakan untuk mengangkat barang-barang seperti hasil sayuran,buah-buahan,hasil buruan dan banyak lagi.


2) MANIK


Manik Pinakol yang merupakan hiasan yang dipakai oleh wanita sabah ketika majlis keramaian. Kraf manik Pinakol ini juga adalah sebagai satu seni untuk mengekalkan tradisi yang terkenal di negari bawah bayu ini.

3) SIRUNG



Diperbuat daripada rotan. Digunakan oleh masyarakat kimaragang sebagai pelindung kepala daripada cahaya matahari ketika pergi "mongumo" yang bermaksud bercucuk tanam di ladang atau kebun.

4) SOMPOTON




Merupakan alat muzik tiupan asal dari sabah. Diperbuat daripada labu kering dan paip buluh. Digunakan untuk mengiringi tarian suku kaun kadazandusun iaitu "Tarian Sumazau".



Sebarang pertanyaan boleh terus tinggalkan pesanan di bawah.
sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment